Profile Sekolah

Latar Belakang & Prasarana Sekolah

                 Pembinaan SMK Bandar Tasek Mutiara dilaksanakan secara rundingan terus ‘Design And Build’ di atas Lot 8763 Mukim 15, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

                 Sekolah ini mula dibina pada 12 Disember 2002 dan siap pada tahun 2004.  East Design Associates Sdn. Bhd   adalah pengurus projek bagi   pembinaan sekolah ini sementara UtamaCipta Architects bertindak sebagai arkitek.  Pihak-pihak lain yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini terdiri    daripada JDM Konsult (Jurutera Awam dan Struktur), ABA Jurutera Perunding (Jurutera Mekanikal dan Elektrikal) dan Perunding Kos T&K Sdn. Bhd. (Jurukur Bahan)

SMK Bandar Tasek Mutiara mula beroperasi pada 01 Ogos 2004 apabila Pn. Zarina binti Zakaria dari SMK Seri Nibong dilantik sebagai Penyelaras. Kemudiannya pada 01 September 2004, dua orang Penolong Penyelaras telah dilantik, iaitu En. Mohd Rizal bin Ismail dari SMK Agama Nibong Tebal dan Pn. Samsiah binti Omar dari SMK Simpang Empat.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 03 Januari 2005.  Seramai 17 orang guru telah ditempatkan ke sekolah ini serta dibantu oleh seorang Pembantu Am Rendah dan seorang Pembantu Makmal.  Bagi sesi persekolahan 2005, pelajar-pelajar terdiri daripada pelajar Tingkatan Peralihan (1 Kelas), Tingkatan 1 (3 Kelas), Tingkatan 2 (2 Kelas) dan Tingkatan 4 (2 Kelas).